FOLLOW | DASHBOARD.


Entries About Me Shout Credits
SUMATIF 2
ASSALAMUALAIKUM

Biz Kızlar Varya ~

Guys, rasenya nie post terakhir buat mase nie. Maybe lepas Sumatif baru post balik. Yelahh sekarang nak kena study lahh. Mase tak banyak yang tinggal. Pulak tue boleh ade Pertandingan Lagu Patriotik untuk F2. Aduhhh! Kenapalah tak suruh F1? Emm, takpelah. Best jugak dapat nyanyi. Walaupun tinggal 24 hari. Macam banyakkan? Tapi hakikatnya, pejam celik pejam celik dah sampai waktu yang dinanti-nantikan.Betul tak? Jadi, dikesempatan yang ade ini, saya nak mintak maaf kepada semua diatas segala khilaf selama ini. Doakan saya, batch saya dan semua pelajar SHAMS mendapat keputusan yang amat cemerlang, Ameen. 


 Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada kami dalam menempuhi jalan jihad ini. Kau terangkanlah hati kami dan lepaskan kekakuan dari lidah kami serta permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya Engkaulah Ya Allah, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Ameen.

Okeyy, nie nak cerita. Ade seorang kawan ana nie, Syazwani Batrisyia. Dia dah tinggalkan SHAMS sebab pergi Mesir. For what? Kat sane nanti dia akan menghafaz 30 Juz Al-Quran, InsyaAllah~ Jadi hafizahlah kiranya. Dua tahun dari sekarang baru dia balik Malaysia. Family dia pown semuanya menghafaz. Bagus kan? Teringin nak menghafaz camtu jugak. Pastu balik sini terus study for SPM. Subhanallah, bestnya. Dapat   mengingati kalamullah. InsyaAllah, kalau kita nak pown bolehhh tapi kena ade  USAHA + DOA + NIAT IKHLAS. InsyaAllah, Allah permudahkan. Okeyy, tu jea nak cerita. Jumpa lepas Sumatif, InsyaAllah~


"Sesungguhnya dengan mengingati Allah (zikrullah), hatikan menjadi tenang"



EID MUBARAK
ASSALAMUALAIKUM

Dribbble - Eid Mubarak 1433 H by Faheema Patel

Ape khabar semua? Chopp! Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat :) Moga berjaya di dunia dan ahkirat #UAI Ana nak minta maaf kepada semua diatas segala khilaf selama ini. Maaf zahir batin :D Emm, dah lama ana tak postkan? Yeah! Entahlah, ana dah malas pulak nak post-ing sekarang nie. Without no reason. Lagipun bulan Ramadhan nie busy sikit. Pastu sekarang nie memang nak fokus pada study. Haritu Teacher Sam dah ingatkan 'kami' pasal PMR tahun depan. Ya Allah! Masa berlalu dengan pantas. Sekejap jea dah nak hujung tahun and before that ade Summative 2 lak tu. Lumrah kehidupan kan? Lagipun sekarang dunia dahh akhir zaman, jadi masa pun rasa cepat jea berlalu. Sedar tak yang Ramadhan tahun nie cepat sangat? Macam roller-coaster. Rasa cam baru jea menikmati Solat Tarawikh berjamaah di Musolla SHAMS. Rasa cam tak puas meraikan Ramadhan. Allahu Akbar! Dah lak tu, entah berpeluang ke tak nak rasa Ramadhan tahun depan, kan? Ajal maut ditangan Allah. Tahun nie lebih baik dari tahun lepas? Entahlah, Allah jea yang mampu menilai. Hmm, takpelah tapi ape yang pentingg istiqamah. Hmm, okeylahh setakat tu jea dulu. Lastly, SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI AND MAAF ZAHIR BATIN ;D

Persoalan : Raye tahun nie ?

CUTI PERISTIWA :D
ASSALAMUALAIKUM

Tumblr_m6wuajaoer1ruzbzfo1_500_large

Yeah, kaifahalukum? Ana bikhair ~ #speakingg arab pulak. Harini hari Khamis dan semua pelajar asrama SMKA SHAMS dibenarkan untuk pulang ke kampung #Jyeah! Sebab tulah ana ade kat sini! Okeyy, cakap pasal arab tadi, SHAMS baru sahaja memenangi Johan Peringkat Antarabangsa dalam Debat Bahasa Arab. Peserta terdiri daripada Akhi Wan Amir, Akhi Aziq Arifin, Kak Zirahmi dan Kak Hidayah Muner #Tahniah    diatas kejayaan telah dikecapi! Pastu pagi tadi ada Majlis Ambang Ramadhan. Then sebelum start tu ade penyampaian hadiah untuk mereka. Dyeorang dapat piala pusinga, trofi, duit and macam-2 lagi. Pastu dapat RM2000. Yang paling membuatkan semua yang ade kat dalam dewan tu terkesima, Akhi Wan Amir mengggondol Pendebat Terbaik Liga dan Keseluruhan. Dapat RM800 kalau campur dua-2 tu, tapi tu tak kira duit RM2000 tu lagi. Mesti cecah RM1000 #kayalah Wan Amir~ Walaupapepown, memang kejayaan yang sangat menggembirakan semua pihak #another congratulation! Tapi sedih sikit sebab Ihtifal. NS menang tiga kategori jea. Dua dari SHAMS, satu dari sekolah lain. Qiraat dapat tempat Ketiga - Akhi Zainur wa Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Atas dapat Naib Johan. Yang lain dapat saguhati. Memang agak kecewa tapi kita kena redha. Lagipun pasti ade himah disebalik semua ini #husnuzon = bersangka baik.

Oh yea, Ramadhan bakal tiba tak lama lagi #adakah anda semua sudah bersedia? Eloklah kalau kita buat persediaan. Macam, banyakkan Qiamullail, zikir, baca Al-Quran. Yang penting, betulkan niat sebelum Ramadhan nie yang kita lakukan segala-galanya hanya kerana ALLAH #innamal a'malu binniatt~

Hah, beberapa hari yang lepas, berlaku satu insiden yang membuatkan SHAMS popular! Kes keracunan makanan. Kenapa popular? Sebab SHAMS masuk surat khabar #Metro :| Malas pulak nak cerita panjang-2 pasal benda nie. Ustazah Asmah kata dah selesai, alhamdulillah~ Bace jelah nie ---> #kalau nampak...



Kesian akak-2 yangg kena interview tu. Dyeorang ingat mahasiswa mana buat kajian, rupanya wartawan. Hmm, okeylah tu jea nak cerita, Jumpa lagi~


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216 -


ITU INI, BLA BLA BLA
ASSALAMUALAIKUM







Selamat bertemu kembali. Hah, banyakkan gambar. Yelah, ana kan dah lama sangat tak post so, banyaklah event yang berlangsung. Ada yang best, ada jugak yang sadis. Macam macam #lumrah kehidupan kan? Okeyy, harini balik awal sebab ada Majlis Temu Mesra #bukan 3 penjuru lagi. Ambil report card then boleh balik. Seronok, memang saje nal balik awal. Dah penat duduk asrama #ececehh. Semalam ada Muktamar Sanawi Badar 2012. Majlis tue macam Mesyuarat Agong jugak lah. Form 2 yang pergi, ana ngan Dibah jea # sila ruju gambar di atas. Sejuk gila duk dalam Dewan Ibnu Kathir tue. Tapi seronok, dapat makan free #sate. Hah, nak tahu tak siapa MT DAN EXCO BADAR 12/13 ? Okeyy, sila lihat di bawahh


           KEPIMPINAN BADAN AGAMA,DAKWAH,AKHLAK DAN ROHANI ( BADAR )
SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN SESI 2012/2013

PRESIDEN BADAR   : Mohd Aziq Arifin bin Raduan
TIMB. PRESIDEN     : Arifah Nabihah binti Zulkafli
SETIAUSAHA            : Muhammad Saiful bin Jefri
TIMB.SETIAUSAHA : Siti Aisyah binti Zamri
BENDAHARI             : Muhammad Syafiq bin Iskandar
TIMB. BENDAHARI  : Nur Hazwani binti Zabidin

LAJNAH MUSOLLA DAN IBADAH

Pengerusi : Mohd Faiz bin Ishak
Timb. Pengerusi : Nur Adilah binti Shahrom

LAJNAH USRAH DAN TARBIAH

Pengerusi : Muhammad Kamil bin Zainaluddin
Timb. Pengerusi: Noor Syahira Syafiqah binti Ibrahim

LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

Pengerusi : Mohd Khalilullah Bin Abdul Isham
Timb. Pengerusi: Siti Nabilah binti Kamaruddin

LAJNAH CERAMAH DAN PENERANGAN
Pengerusi: Ahmad Arif bin Abu Zaimah
Timb. Pengerusi: Nur Atiqah bt Mohd Hapizi

LAJNAH NADWAH DAN KEPIMPINAN

Pengerusi : Muhamad  Asyraf bin Azmi
Tim. Pengerusi: Nur Aqilah Afaf bt Aziz

LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN
Pengerusi : Muhammad Syafiq bin Iskandar
Timb. Pengerusi: Nur Hazwani binti Zabidin

LAJNAH DOKUMENTASI DAN PENYELIDIKAN

Pengerusi: Muhammad Fahmi bin Mohd Khir
Timb. Pengerusi : Nur Adibah binti Shahrom


Hah, itulah saf kepimpinan baru. Untuk muslimat, takde PPU2. Tahniah dan takziah diucapkan kepada semua MT & EXCO 12/13 :D Semoga dapat melaksanakan amanah Allah dengan sebaik-baiknya #insyaAllah. Lakukan dengan ikhlas hanya kerana Allah~ Pastu, hari Isnin haritu ade Watikah Pelantikan Ketua Pelajar sesi 2012/2013. Kak Tyqah dapat jadi S/U and Kak Syiqin dapat jadi KU Asrama #bangga menjadi anak usrah mereka.

Hari Sabtu yang lepas juga Pihak BADAR telah mengadakan Majlis Jamuan Fakulti Pengajian Islam untuk pelajar F1 and F2 #apasal skema sangat ayat nie? Tak kesahlah~ Makan nasi goreng tapi ade satu incident yang agak memalukan bagi semua F2. Nak tahu? Camnie, setiap batch kena buat persembahan. F1 buat persembahan bacaan AQ daripada adi Atif Aiman. F2 la menyanyi lagu Cerita Hati, tapi habis rosak lagu tu. Dahlah pitching lari, melodi salah, tengok kertas lagi. Memang malu sangat! #DUSH! Tapi takpelah, lagipun dyeorang tak cukup latihan. Berlatih malam sebelumnya mane na jadi, kan? Papepown, biar nyanyi tak gempak, asalkan PMR meletup habis! #Betul QHP and Sayf-ul-Islam? Okeyy, pastu habis pukul 11 malam dan JENG X3 malam tu jugak ade tasmik #perkara yang sangat ditakuti oleh pelajar asrama. Hah, ramai yang tak past. Bak kata Kak ATiffah, "Nielah tugas terakhir kami sebelum letak jawatan" Hmm, tak tahulah nak cakap ape. Papepown, semoga kami dapat habiskan menghafal sebelum naik F3, Aminn~

Pastu, nak cerita pasal Sukan Tahunan SHAMS. Hmm, rumah Kuning dapat no. 3 #kecewa sungguh. Tapi takpelah asalkan bukan no.4 tapi kan hari ape entah Madam Zalia masuk kelas pastu dye kata rumah Kuning yang dapat no last #taklah, rumah merah yang last. Pastu teacher tak caye, puas kiteorang terang kat teacher. #so takpelah, tapi rumah Kuning bukan rumah last! Pastu, ade satu incident time hari Sukan yang ana takkan lupakan. SEDIH SANGAT! Memang menangis time time tue jugak. Tapi tak nak lah cerita, malu! Okeyy, nak tahu tak sape Juara? Hah, rumah Biru! #tapi kena ejek BUSUK! haha :D Rumah Hijau dapat Naib Juara. Tahun nie rumah Hijau memang meningkatlah. Pastukan, my classmate, Fatin Humaira' dapat jadi Olahragawati Menengah Rendah Muslimat #Bravo! Tahniah Maira' (: Tapi hari Isnin tak datang sekolah sebab demam. Ecehh, mentang mentang dapat jadi olahragawati #jangan marah Maira'. Lepas Hari Sukan boleh balik rumah. Balik rumah memang tidur jelah kejenya.

And time minggu tak balik jugak, Lajnah Sayang Kawan ada buat satu Jamuan Hari Jadi untuk mereka yang lahir pada bulan Januari - Jun. So yang lain tu just meraikan. Memang sedikit kecoh jamuan tue. Dengan bisingnye la #kesian kat Ain Syazira. Dahlahh block tue berbahaya. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat. Petang tue, ana, Ain and Hanis pergi bali kek dekat Mango. Sedap gile ke tue #rugi tak rasa. Tapi adelah someone tue dapat rasa ;P Oh yeaa, haritu pihak sekolah ade anjuran satu program Semarak Aqidah. Lama program tue, mengantuklah dibuatnya. Pastu, sebelum majlis bersurai ade kumpulan Nasyid baru, Akhdan. #boleh tengok kat Berita Harian. Terdiri daripada 4 orang kanak kanak berumur 10-13 tahun. Pastu adelah beberapa orang nie, beriya iya menjerit time Akhdan buat persembahan. Tahulah mereka comel tapi tolong lah jage adab kalian sebagai seorang Muslimah. Lagipun, ingatkan diri kalian yang mereka tue cume budak. Bawah umur kalian. Anggap macam adik jea tapi tak payah nak berangkat-angkat okeyy?  #nasib baik dyeorang tu tak berumur 14 ke atas, kalau tak lagi obses agaknya.

Sekarang, ana suka membaca. Satu perkembangan yang bagus, kan ? #bajet jea! Tengah baca buku Dork Diaries milik Fadhilah. Nak beli buku Sinergi by Hilal Aysraf sebab ramai yang cakap buku tu best. Okeyylah, nak tengok video jap. Bye, jumpa awal Ramdhan nanti #oh yea, ramadhan hampir tiba. Dah habis ganti puasa? Kalau belom, cepat-cepatlah ganti. Moga Ramdhan tahun ini lebih membawa rahmat, keberkatan dan bermakna, InsyaAllah, Aminn ~


Ya Allah, aku terima amanah yang Engkau berikan dengan hati yang ikhlas. Maka, Engkau tabahkanlah akan hatiku. Aminn~

NEVER MIND :P
ASSALAMUALAIKUM

Tumblr_lthvjulk7m1qijcxeo1_500_large

Okeyy, sebelum pape, gambar kat atas itu hanya hiasan semata-mata #saje choose gambar tu sebab AWESOME! Harinie nak balik aspuri dah #tak excited langsung. Barang semua dah pack, baju semua dah iron tapi tulah masalahnya, malas nak balik. Macam tak cukup lak cuti nie. Pergi jalan pown tak banyak. Anyway, Portugal tumpas di tangan Germany dengan 0-1. Huh! Takpelah yea Portugal. Lepas nie work more harder (: Papepown, saya seorang yang loyal. Walaupun ade yang lebih hebat, saye tetap dengan Portugal #Jyeahh! Okeyy, tak tahu nak post ape lagi. Quit here lah. Jumpa lagi. Take care okeyy! Jadikan hari ini lebih baik dari semalam :D 


Don't say, O Allah I have worries! But say, O worries I have Allah ;)

Lepasnie dah tak boleh nak tengok Portugal lawan, HUH =,= ! 

OLDER POST