ADAKAH ANDA REMAJA ISLAM ?
ASSALAMUALAIKUM
Usia tahun ini sudah mencecah 15, 18, 20, atau 25 tahun.
Usia remaja setahun jagung ini menandakan tempoh permulaan buat semua
pejuang-pejuang agama bagi mematangkan fikiran supaya Islam tidak layak
dipijak dan dihina oleh Yahudi dan Nasrani.Takbir ! Maka, tibalah tahap
yang amat mencabar, di mana di sinilah permulaannya, iman kita akan
dibentuk dengan akidah dan akhlak digauli dengan ramuan ibadah beserta
bi'ah yang solehah.
Wahai remaja ,
bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan
sesuai.Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini
syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada
anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu
menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita
mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya!
Sedang Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung
tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertaraf hamba
yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan
perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan
pahala dan perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya
dipandang bagus bukannya mencari redha Allah.
Syaitan dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang
mengacau puteri-puteri islam yang manis dan mengurat putera-putera islam
yang segak. Syaitan dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas
kejayaan mereka menyelimuti kita supaya tidak bangun menunaikan solat
Subuh berjemaah apatahlag bangun bertahajud di hamparan sejadah Qiamulail.
Syaitan dan Nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah Allah
dibunyikan di dalamnya rancak nada dering telefon bimbit,
umpatan-umpatan serta perkataan-perkataan komunikasi yang merugikan masa
dan membuang erti kata sebenar iktikaf .
Wahai remaja ,
kita mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan
yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan
layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia.
Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan
layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah). Sudah
tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan
diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai NERAKA. Sedarkah kita ?
Adakah 'buaya-friend' dan 'gila-friend'
wajib menjadi sesuatu yang dominan dalam kehidupan setiap yang bergelar
remaja ? Bagaimana dengan status remaja islam ? Sememangnya wajib
memilikinya seorang sat atau maksimun 4 atau bersilih ganti ? atau
status mencari pengalaman di alam remaja ? Jawapannya sudah tentu sekali
TIDAK !
Mengapa ? Salahkah bercinta ? Cuma setakat hendak berkenalan dengan
lebih intim ? Bukannya sampai berpegangan tangan ataupun bercium-ciuman
pun ? Kita dah besarlah, bukan budak-budak , semuanya BOLEH !
Bukan begitu wahai remaja,
Islam tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan
bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah MASIH REMAJA. Amanah yang
diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar,
berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan
sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut
dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura ?
Masanya sudah tiba, ayuh kita bangkit wahai remaja-remaja islam, kita
berjuang sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita berjuang sehingga
fitnah Dajjal dapat kita tewaskan. Kita memerdekakan jiwa kita yang
dibelenggu musuh nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh kesabaran,
hingga dapat menjadi penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Janji
Allah itu pasti !
Bukannya kita perlu mencari publisiti murahan. Dengan
mengacau dan mengorat makhluk comel dan kacak ciptaan Tuhan. Menjaja
perasaan indah gelora Uda dan Dara. Bukannya dengan meninggalkan sunnah
yang nabi wariskan. Bukan dengan membiarkan alasan murahan terus
menghasut ; diri masih belum dapat hidayah, diri tidak bersedia ataupun
sebenarnya diri MALAS melakukannya. Bukan dengan mengambil remeh dan
memandang enteng kepada ibadat dan amalan yang dilakukan. Bukan dengan meninggalkan Al-Quran, Kitab suci yang
dipelihara kesucian zaman-berzaman.Acuh tidak acuh mentaati Tuhan ? Macamlah yakin dan pasti sangat dapat ke syurga seperti Saidina Uthman bin Affan !
Wahai remaja,
kita seringkali mengeluh dan marah apabila kita diaibkan di khalayak
ramai. Tidakkah kita terfikir, kita sedang dan akan malu mengaibkan diri
sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat. Ayuh celiklah, sedarlah
dan bangunlah memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan sehingga nyawa
bercerai dengan badan.
Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu.
Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !
Wahai remaja,
Ini bukan hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja
cemerlang yang beriman. Bukan sampah masyarakat yang tidur di laluan
najis buangan.
# AMBIL PENGAJARAN DAN AMALKAN ILMU PADA ARTIKEL INI ~
credit ---> iLuvislam
OLDER POST / NEWER POST