Seloka Satu Ihsan 2011 :)
Assalamualaikum pembuka kata,
Buat tatapan pembaca semua,
Satu Ihsan ingin coretkan seloka
Hanya gurauan semata-mata.
Cik afidah guru kelas kami
Berdedikasi, pandai menghias diri,
Rupanya cantik manis sekali
Bila tersenyum berseri seri.
13 putera dan 19 puteri
Terkenal dengan kenakalan kami
Seorang bising semua join sekali
Guru yang lalu menjeling pasti.
Lelaki yang senyap di kelas ini,
Jalankan tugas penuh dedikasi
Ahmad Nazhan nama digeruni,
Ketua tingkatan kelas kami.
Syaqiela amirah nama diberi
Penolong ketua kelas kami
Orangnya kecil molek sekali
Ke sana ke mari tak henti henti.
Tukang ceti di kelas kami
Nur Ily Iklil Najlaa nama diberi
Duit..duit..setiap hari,..
Kalau dia datang cepat-cepatlah lari.
Wajah bererti manis senyuman
Nuril Munirah tiada tandingan
Pasti ramai jejaka berkenan
Ek eleh.Janganlah perasan.
Pelajar glamour lagi sensasi
Bila ketawa tak henti henti
Setiap hari nampak gigi
Itulah Nabila,Munirah dan Wani.
Semakin hari semakin tinggi
Nurul Asiqin nama diberi
Seorang murid yang berdedikasi
Membaca buku adalah hobi.
Izzatul ‘Ayyuni diberi nama
Menyanyi,melalak tak kira masa
Afza di sebelah pendengar setia
Sumbang tak sumbang belakang cerita.
Orangnya pendiam manis sekali
Duduk di barisan belakang sekali
Bila tersenyum manis sekali
Itulah Shazreen nama diberi.
Ain Atiqah gerangan insannya
Berkulit cerah dan berkaca mata
Hobinya di kelas suka membaca
Katanya ingin berjaya.
Orangnya lawa di kelas kami
Mempunyai gaya yang unik sekali
Semua guru akan dihormati
Nurul Iffah nama diberi
Hani dan dayah nama diberi
Hubungan kukuh macam kayu jati
Mengutuk orang sesuka hati
Tak kira masa tak kira hari.
Ke sana-sini tersengih sahaja
Nak kata gila,tidak juga.
Siti Nur Atikah lembut orangnya
Menjadi pujaan sang jejaka.
Orangnya rendah cantik juga
Bila belajar tak pernah leka
Niat dihati nak berjaya
Itulah Nur farhanah baik orangnya.
Mukanya bengis setiap hari,
Nurul Hidayah nama diberi
Berbeza pula dengan yang ini
Fatin Zulaikha blushing setiap hari.
Saya penulis empunya seloka,
Nurul Izzaty itulah saya
Bukan niat nak mengata
Sudah terkutuk nak buat macam mana.
Wahai rakan puteri semua,
Usahlah marah muka mencuka
Diharap anda menerima seadanya
Hanya sekadar seloka jenaka.
Saya menulis bukan mengata
Hanya untuk suka-suka
Moga terhibur selamat membaca
Bagi putera tahun depan ye!!.. =)
OLDER POST / NEWER POST