FOLLOW | DASHBOARD.


Entries About Me Shout Credits
DAY 2 IN LANGKAWI !
ASSALAMUALAIKUM


Okeyy , seperti tajuk yang tertera di atas , ana nak kongsi cerite ngan korang semua ~ Sebelum tu , maaf kalau ayat tunggang terbalik atau kurang tatabahasa #maklumlah , menaip waktu orang lain semua sedang tidur lena dibuai mimpi . 

Harinie , bertolak pukul 9 pagi ke Island Hopping . Dah sampai , naik bot laju untuk memulakan eskplorasi ke pulau pulau #bayu yang mengenai muka sangat mendamaikan ~ Dalam pakej , ade 3 pulau yang kiteorang pergi . Selepas perjalanan beberape minit , samapai kat pulau pertama . Beras Basah Island nama diberi . Kat sane , boleh mandi manda , naik banana boat and macam2 lagi . Duk kat pulau tu selama 45 minit . Then , kiteorang pergi pulau kedua . Tapi tak turun boat macam pulau pertama . Duduk dalam boat tengok burung helang berterbangan riang di kaki langit . Pulau Helang pula nama diberi . Kat sane boleh bagi Helang makan tapi Helang tu makan ayam and daging je #amboi , memilih betul ! Then , kiteorang gerak and berhenti depan Bukit Dayang Bunting . Memang nampak bukit tu macam seorang perempuan mengandung sedang berbaring #Sekali lagi , ana melihat ciptaan Allah yang sangat unik . Bagaimana Dia boleh menjadikan bukit yang berbentuk seperti itu . Subhanallah ~ Pastu , baru turun ke Tasik Dayang Bunting . Kat sane kena jalan naik tangga jauh jugak baru sampai ke tasik tu . Boleh mandi manda gak kat situ . Kat situ air tawar , bukan air masin . Kat sane , masa diberi sejam . Pastu balik ke jeti semula . Sebelum balik tu , ade jual cenderamata pinggan ade gambar setiap individu yang naik boat tu . Gambar tu lawa la pulak , so kiteorang pown beli lah #cantik sangat ! 

Then pergi makan tengah hari kat gerai tepi jalan . Pastu balik resort , RESOMA . Memang penat #saye tidur dua jam , FUHHH ! Then , lepas asar perhi keluar ke Dataran Lang yang ade patung Helang besar tu #nanti saye kasi tengok gambar ;)  Kat sane spent time lame lah jugak . Tangkap tangkap gambar , tengok keindahan laut yang terbentang luas dengan kebiruan+kehijauan airnya #ayat saye ? abaikan ~ Then , pergi makan lagi #tidak dinafikan sepanjang ade kat sini , asyik lapar je . Everytime , everywhere ~ Dah makan , ayah rounder rounder cari jalan untuk destinasi esok . Akhir, balik resort ~ Harinie tak banyak tempat sangat , besok banyak kowt . Okeyy , sambung besok untuk hari ketiga #ngantuk sudah !






OLDER POST / NEWER POST